Friday, December 18, 2009

Mohon Maaf.

Saya mohon maaf kepada Pm Najib.
Saya mohon maaf Banyak2.
Terima kasih Membantu daku mengenal tuhan.
Hanya tuhan sahaja yang boleh membalas jasa kamu.
semoga di panjangkan umur & di berkati. usaha.
Amin.

Wednesday, November 11, 2009

Penyakit Kronik+Penawar

Manusia selalu risau, bila disahkan menghidapi penyakit kronik.
Misalnya sakit jantung.

Sanggup mengeluarkan belanja yang banyak, demi menjaga kesihatan diri.

Bila sudah sihat. Hati tenang. Penyakit Kronik yang membelenggu diri, telah jumpa penawarnya.

Tetapi usah lupa, setiap manusia yang sihat pasti ada lagi satu/dua penyakit kronik.

Jika tidak cuba Usaha+Ikhtiar mencari Penawarnya.
Sudah pasti kita akan menghidapi Penyakit Kronik ini sepanjang hayat.
&
Kita akan Rasa Rugi yang Teramat jika Tidak Cuba Usaha+Ikhtiar cari penawarnya.

Contoh:

Penyakit Kronik yang di maksudkan:

Malas Membaca+Malas berfikir.

Contoh Penawar Untuk Malas Membaca:

Bersahabat dengan, orang yang suka membaca+Suka beli buku, untuk diri sendiri+Berkongsi bahan bacaan dengan Keluarga+Sahabat.

Contoh Penawar Untuk Malas Berfikir:

Jika sekarang, anda merupakan seorang yang jahil mengenai penggunaan komputer & internet.
+Fikirkan Faedah, yang Anda Dapat+Bila Manfaatkan Diri, untuk Menguasai ilmu dalam bidang mengendalikan Komputer & Internet ?

Hasil daripada Berfikir = Anda boleh mengajarkan ilmu yang di pelajari kepada orang lain,
sama ada melalui lisan/ teks.
Walaupun anda berada di Lain Tempat, anda Masih Boleh Menyampaikan ilmu

& Boleh tahu, adakah orang itu jujur dalam perkhidmatan yang diberikan/ mengambil kesempatan, ketika berhubung dengan masalah mengendalikan penggunaan komputer & internet.

Sunday, October 4, 2009

Tak Nak! Merokok.

Tadi aku baru saja, menghisap beberapa batang rokok.

Tika aku nazak, adakah aku akan teringat untuk bertaubat kepada Allah ?

Kerna aku telah, mencampakkan diri dalam kebinasaan.

Aku tidak, menghargai kehidupan & kesihatan yang Allah telah kurniakan kepadaku.

Orang-orang yang tersayang, telah puas menasihatkan aku agar berhenti merokok.

Adakah aku mahu menyesal & berhenti merokok ketika aku sedang nazak ?

Adakah di masa itu, aku sempat untuk bertaubat ?

Jika aku tidak ingat untuk bertaubat, bagaimana ?

Tuesday, August 25, 2009

Anda Yang Baru :- Ahmad Faizal Mohamed Yusop



Kenali Penulis: http://www.facebook.com/faizalyusup?ref=mf

Friday, July 17, 2009

Pertingkatkan Keupayaan Diri

Kembali, Move In Track... Kunci-kunci kejayaan mesti sentiasa berada di genggaman agar dapat di buka setiap pintu yang menghalang diri untuk terus AmPuH, TeGuH & KuKuH berada di dalam Track yang telah di pilih.

Oleh itu, jadikan diri umpama sebuah kenderaan yang di reka dengan kreativiti dari ilmu yang ada, keupayaan diri yang mesti sentiasa di gapai adalah kepantasan & kecekapannya seperti perfomance sebuah kenderaan adalah: 0-100 mph 6 sec, top speed 201 mph.

Semoga dapat memanfaatkan segala teknik & tektik, bagaimana mahu mempertingkatkan usaha untuk menjadikan kelebihan yang ada pada diri sendiri.

Sentiasa berada di tahap Professional, yang anda telah rancangkan.

Selamat Berjaya/ Good Luck

Monday, June 29, 2009

Catitan Kembara di Port Dickson

Assalamualaikum/ Selamat sejahtera kepada para tetamu/ pengunjung blog saya:

Sudah lama saya tidak update blog ini,

Alhamdulillah, dapat juga peluang untuk saya share ilmu bersama anda semua:

Selamat kembali,

Di sini saya mahu berkongsi serba sedikit yang saya catit ketika kembara di atas tanah.
Semoga dengan ilmu yang sedikit ini, bermanfaat untuk kehidupan anda.

Pekerja Cemerlang:
  • Kerja adalah ibadah.
  • Setiap staf melaksanakan kerja dengan bersungguh-sungguh & tekun.
  • Kegagalan sebagai peluang cabaran.
  • Pandai cari peluang untuk improve diri.
  • Menghadapi cabaran adalah peluang improve diri.
  • Masalah adalah peluang.
  • Dalam masalah adalah peluang.
  • Merungut adalah warisan orang jahiliah.
  • Yang manis JANGAN terus di TELAN.
  • Yang pahit JANGAN terus di BUANG.
  • Orang hebat ada plan A/ B/ C.
  • Positive thinking.
  • Pandang orang di sekitar, adalah lebih tinggi & lebih bagus dari diri sendiri.

  • Level orang:
    1. Tak-boleh silap sedikit.
    2. Give & Take.
    3. Very Emotional.
Sikap orang berjaya:
  • Ingin ubah diri.
  • Ada masa untuk diri sendiri.
  • Hormat orang lain & belajar dengan orang lain.
  • Improve nilai hidup di akhirat.
  • Fikir untuk atasi masalah.
  • Mengecilkan masalah & buang masalah kecil.
  • Lihat kelebihan orang.
  • Suka terima pendapat orang lain.
P/s: catitan ini telah di-EDIT., agar mesejnya mudah sampai kepada pembaca.

Ini adalah hasil ilmu yang saya dapat catit ketika join Seminar Pemantapan Emosi & Jatidiri.
yang telah dianjurkan oleh YADIM(Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia & LHDN Johor Bahru, Kluang & Muar.
Bertempat di Golden Straits Villa Beach Resort, Port Dickson Negeri Sembilan.

Friday, May 8, 2009

Selalu yang kita dengar...

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

Usah buat baik berpada-pada, buatlah baik selalu agar kebaikan itu berkembang & orang di sekeliling anda, serta diri anda dapat menikmati kebaikan itu bersama.

Kadang-kala ada sahabat/kenalan berkata tidak mengapa kalau buat jahat sekali, tanpa di sedari kejahatan yang dilakukan bukan sekali, tapi berkali-kali.

Fikir &  bertindak kepada diri sendiri.